1. ANALISIS
MASALAH
Perancangan yang teliti
adalah penting untuk mengajar. Mengikut Clark and Lampert (1986), perancangan
guru menentukan apa yang diajarkan di sekolah-sekolah. Perancang yang baik
melibatkan peruntukan penggunaan masa dan pemilihan kaedah mengajar yang sesuai
agar boleh menarik minat pelajar dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
produktif. Malah aktiviti yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk
belajar. Maka di sini murid-murid tidak akan mencelah percakapan dan akan
memberikan tumpuan yang baik kerana mereka berminat dengan aktiviti yang seterusnya.
Marilah kita melihat bagaimana guru merancang pengajarannya. Sebelum guru
merancang, beliau patut ikuti prinsip merancang pengajaran :




Menurut Cottle dan Downie
(1970) kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan
di antara kaunselor dengan kliennya di mana kaunselor ini berusaha menolong
kliennya memahami dirinya sendiri dan menerima masalah yang dihadapi dengan
tenang dan tabah. Sikap yang ditunjukkan murid ini menyebabkan saya terpaksa
menyiasat tentang masalah yang dihadapi oleh dirinya. Saya telah menjalankan
siasatan ke atas dirinya dan mendapati bahawa beliau ingin memberontak kerana
ibu dan bapanya amat sibuk bekerja dan beliau dijaga oleh pembantu rumahnya.
Hal inilah yang menyebabkan beliau malas untuk belajar dan suka membuat bising
semasa di dalam kelas. Ini adalah kerana beliau memerlukan perhatian dan kasih
saying yang lebih dari keluarganya.
Tq 4 sharing
ReplyDelete