Thursday, June 4, 2015

Pantun Nasihat Untuk Kanak-kanak

Hari ni Kak Mie nak kongsikan koleksi Pantun Nasihat untuk diajarkan kepada kanak-kanak Prasekolah


Pakai baju warna biru,
Pergi ke sekolah pukul satu;
Murid sentiasa hormatkan guru ,
Kerana guru pembekal ilmu.

Jangan pergi mandi di lombong,
Emak dan kakak sedang mencuci;
Jangan suka bercakap bohong,
Semua kawan akan membenci.

Jikalau tuan mengangkat peti ,
Tolong masukkan segala barang;
Jikalau anak-anak bersatu hati .
Kerja yang susah menjadi senang .

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

Jalan-jalan ke kota Blitar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun

Budak-budak berkejar-kejar,
Suka-suka bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya

Buah cempedak diluar pagar      
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar          
Kalau salah tolong tunjukkan

Burung Kakak Tua    
Ada anak empat  
Nenek sudah tua      
Jalan pakai tongkat

Lompat si katak lompat
Lompat dalam perigi
Cepat adik cepat
Pergi mandi cuci gigi

Burung kenek-kenek
Hinggap bawah batang
Apa pesan nenek
Cepat-cepat pulang

Ayam kedek-kedek
Beri makan padi
Abang sayang adik
Mesti ajar mengaji

Pantun empat kerat ini sangat sesuai diajarkan kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia menggunakan perkataan dan ayat yang mudah difahami oleh kanak-kanak.So,apalagi...
Selamat Berpantun yer...


4 comments:

  1. MOHON UNTUK DI KONGSI UNTUK PEMBACAAN DAN PENGAJARAN.

    ReplyDelete
  2. Mohon untuk dikongsi sebagai perkongsian ilmu

    ReplyDelete
  3. MicroTouch Titanium Trimmer 2.2 LCD - ITanium
    Product code: M3028B0S2. trekz titanium headphones Manufacturer: Dovo. Model: 1-040S-2. Part #: M3028B0S2. titanium chloride Connector Type: titanium sheet metal 1-040-S2. Type: LCD. The iron titanium handle titanium bolt features a handle

    ReplyDelete